Jumlah ikan di Malaysia sekarang amatlah berkurangan. Berbagai cabaran seperti pencemaran, kemusnahan habitat serta aktiviti penangkapan ikan yang tidak terkawal, telah menjejaskan stok ikan kita. Kita sebagai pemancing yang berwibawa perlulah membantu menyelamatkan ikan yang tersayang dari kepupusan. Setiap tinkan positif anda akan membantu bagi matlamat ini.
a. IKAN TERANCAM (ENDANGERED FISHES)
Sesetengah sepsis ikan kita adalah terancam atau pun hamper pupus. Jika anda tangkap spesis-spesis ini, maka diharap anda dapat melepaskanya semula kedalam air dengan selamat. Beberapa spesis ikan yang terancam atau hampir pupus disenaraikan dibawah:
- Ikan terancam: Kelesa, temoleh, toman bunga (jaloi, jalai, kerandang), jengkua, kelah (kecuali diperairan Taman Negara), jelawat sungai, patin sungai seperti patin muncung, kenderap, gerahak, sikang.
- Endangered Saltwater Fishes: Semua ikan berparuh (billfishes) seperti ikan layar (sailfish) and mersuji (marlin), jerung besar, kerapu bara (coral trout).
HAD TANGKAPAN (CATCH LIMITS)
Ada banyak spesis ikan yang, walaupun tidak terancam, masih memerlukan pertolongan kita agar ia dapat dipuliharakan. Anda perlulah mematuhi beberapa had tangkapan bagi ikan-ikan ini. Had tangkapan ikan pastinya berbeza, dari satu perairan ke perairan yang lain. Disini, kami ingin mengesyorkan had-had umum bagi semua perairan air tawar di Negara kita, seperti dibawah. Sila cuba mematuhi had-had ini, kecuali ada had tangkapan yang spesifik bagi perairan yang anda lawati.
Secara umum, anda perlu melepaskan ikan yang terlalu kecil, untuk memberi ia peluang untuk membesar, dan juga melepaskan ikan yang besar, supaya ia dapat membiak. Ynag boleh diambil hanyalah yang sederhana sahaja.

HAD TANGKAPAN UMUM BAGI PERAIRAN MALAYSIA
Spesis Ikan (air tawar) Had saiz (kg.) Had Tangkapan
Minimum Maksimum
1 Haruan 0.7 1.5 2 ekor sehari
2 Bujuk 0.7 1.2 2 ekor sehari
3 Toman bunga Lepaskan Lepaskan Lepaskan
4 Wild jelawat Lepaskan Lepaskan Lepaskan
5 Wild patin Lepaskan Lepaskan Lepaskan
6 Kalui 1.5 2.5 1 ekor sehari
7 Temoleh Lepaskan Lepaskan Lepaskan
8 Kelah (bagi sungai-sungai Taman Negara sahaja.
Bagi sungai lain, sila lepaskan kelah. 1.5 2.0 1 ekor bagi kumpulan
anda, satu trip
9 Kelesa Lepaskan Lepaskan Lepaskan
10 Tapah 10.0 15.0 1 per group per trip
11 Toman 1.5 3.0 1 ekor sehari
12 Belida 2.0 3.0 1 ekor sehari
13 Lampam sungai - - 5 ekor sehari
14 Kerai 1.0 2.0 1 ekor sehari
15 Baung 0.6 1.5 2 ekor sehari
16 Kelulang 0.6 1.5 1 ekor bagi trip anda
17 Gerahak Lepaskan Lepaskan Lepaskan
18 Jengkua Lepaskan Lepaskan Lepaskan
19 Tengas (kejor) 1.0 2.0 1 ekor sehari
20 Sikang Lepaskan Lepaskan Lepaskan
21 Sebarau 1.0 2.0 1 ekor sehari
22 Tengalan 1.0 1.5 1 ekor sehari
Jika anda terpancing ikan yang anda tidak boleh kenalpasti, sila lepaskan, kecuali ia ikan pendatang. Lebih baik, ambil gambar ikan ini sebelum ia dilepaskan.
b. AMALKAN TABIAT ‘TANGKAP DAN LEPAS’ (CATCH AND RELEASE)
- Sila cuba mendaratkan ikan anda secepat yang mungkin. Ini mengelakkan dari paras asid lactic dalam ikan menjadi terlalu tinggi dan mungkin membunuh ikan.
- Gunaka tangguk, bukan cangkuk (gaff). Tangguk perlulah dari bahan jarring yang halus dan tidak mencederakan sisik ikan.
- Basahkan tangan anda sebelum anda memegang ikan. Ini mengelakkan dari lender ikan dikikiskan. Lendir ini adalah pertahanannya dari penyakit!
- Jika boleh biarkan ikan didalam air ketika anda menanggalkan mata kail.
- Setelah menanggalkan mata kail, pegang ekornya didalam air, dan olakkan ikan sehingga ia mula meronta, kemudian lepaskanlah ia.
- Jika anda ingin mengambil gambar ikan, buatlah secepat mungkin. Setiap saat ikan itu diluar air, maka semakin kurang peluangnya untuk hidup. Jangan gantung ikan dari insang atau bibirnya saja. Ini merosakkan organ dalamannya. Gunakan kedua-dua tangan anda, biarkan ikan itu dalam posisi mendatar.
- Jangan sekali-kali melepaskan ikan pendatang balik kedalam air (kecuali anda memancing dikolam bayar).

c. PROGRAM TAGGING IKAN (FISH TAGGING PROGRAMS)
Ada bebrapa pihak yang kini mengamalkan program ini, dengan objektif pemuliharaan serta memantau perkembangan serta tabiat sepsis ikan tertentu. Program taggin ikan layer dilaut, serta tagging ikan kelah diSungai Tahan adalah dua contoh program ini.
‘Tag’ adalah satu jarumplastik yang dimasukkan kebadan ikan, selalunya dibawah sirip dorsal ikan. Jika anda terjumpa tag ini dibadan ikan, sila ikuti prosidiur dibawah:
- Jangan cabut tag tersebut, kecuali ikan sudah mati.
- Rakamkan nombor tag, dan apa-apa keterangan yang adad pada tag itu.
- Rakamkan yang berikut: berat ikan; ukuran panjang ikan (dari mulut ke simpang ekor ikan); ukuran bulatan perut; lokasi tangkapan, keadaan perairan, tarikh dan masa, cuaca, umpan yang digunakan. Lepaskan ikan, jika boleh.
- Hubungi pihak yang berkenaan dan berikan keterangan diatas.

d. ANCAMAN DARI IKAN PENDATANG
Beberapa tahun yang kebelakangan ini, kita telah dapati banyak spesis pendatang yang telah memasuki perairan kita. Kebanyakannya adalah berasal dari aktiviti akuarium atau akuakultur. Belum ada kajian yang cukup lengkap tentang kesan negative dari kehadiran spesis-spesis ini, tetapi pada mata kasar pemancing-pemancing, dan juga hasil kajian dinegara lain, spesis pendatang memang telah menjejaskan habitat dan tumbesaran spesis asli kita. Ada spesis pendatang yang membiak dengan amat pantas, memakan telur spesis ikan Malaysia, dan juga merosakkan habitat air. Kesannya adalah ikan-ikan yang terbantut saiznya, atau pun bilangan ikan yang berkurangan.
Kita tidak boleh menunggu hingga kajian lengkap dibuat mengenai isu ini. Kita perlu bertindak sekarang juga. Jika anda terpancing spesis pendatang diperairan yang semulajadi (tasik, sungai dan sebagainya), JANGAN LEPASKAN ia balik ke air. Makanlah (atau dermakannya kepada pihak yang memerlukan.
Ikan pendatang termasuk:
- Semua ikan jenis Cichlid: Flower horn, peacock bass, jaguar cichlid, ‘kerapu lombong’, tilapia (semua jenis)
- Ikan-ikan Kap: Kap rumput, leekoh, kap kepala besar, kap putih, rohu, katla
- Ikan Keli: Keli Afrika, Keli Russia.
- Lain-lain spesis: Pacu, lampam jawa, Ikan bandaraya
- Ikan-ikan Kap: Kap rumput, leekoh, kap kepala besar, kap putih, rohu, katla
- Ikan Keli: Keli Afrika, Keli Russia.
- Lain-lain spesis: Pacu, lampam jawa, Ikan bandaraya
Nota: Sebenarnya, ikan tempatan pun boleh dianggap ikan pendatang jika ia dilepaskan ke perairan yang dahulunya tiada spesis ini. Contohnya, ikan toman merupakan ikan pendatang bagi perairan seperti Empangan Klang Gates dan Empangan Batu, Selangor. Ia telah membiak dengan cepat dan sekarang spesis ikan yang lain sudah mula berkurangan atau pupus sama sekali. Adalah wajar bagi toman disini dibunuh secara selektif.
No comments:
Post a Comment