RC CAR DRIFT:[PENGENALAN]
Kereta kawalan jauh atau remote
control car.Law nak ikotkan kereta kawalan jauh hanya sesuai di peringkat umur
kanak-kanak sekolah rendah.Pada awalnya aku juga pernah memiliki bermacam-macam
kereta kawalan jauh pada umur 8-12 tahun.pada masa itu hanya keinginan sahaja
untuk aku memiliki kereta kawalan jauh. Pada umur aku 21 tahun minat pada hobi
kereta kawalan jauh menjadi salah satu hobi terbaru aku. Jangan cakaplah hobi
aku ni, hobi budak-budak.Mustahilah kalau hobi aku ni budak-budak mampu
memiliki dengan hasil duit sendiri.Pelaburan aku dalam hobi ini telah mencecah
RM 2 ribu untuk yang amatur seperti aku.Bagi yang profesional adakala pelaburan
mereka dari segi pengubahsuaian telah berhabis sehingga RM 10 ribu.Pelaburan
yang bebaloi pada aku setelah berhabis duit untuk memperbaiki kereta kawalan
jauh menjadi sempurna untuk mencapai kepuasan yang terbaik.Ada juga di kalangan
yang modalnya kurang dari rm1 ribu.Pelbagai kualiti yang ada jika ingin
memiliki kerta kawalan jauh sama ada ingin memiliki kereta kawalan jauh dari
Taiwan ,Japan atau US .Model TAMIYA dan Yokomo adalah model yang terbaik dan
harga yang termahal dalam pasaran.Bagi aku cara kawalan drift dan sistem
pengubahsuaian adalah faktor penting bagi seseorang itu mahir dengan kereta
kawalan jauh,tidak kira apa model kereta kawalan jauh yang dimiliki misalnya
TAMIYA,YOKOMO,VANTEX,HUAN QI dan sebagainya yang perlu ada cara dan kemahiran
penguasaan drift yang sempurna.
sebab gila ceburi hobi
ni...
- pengaruh media elektronik
- ada bajet
- minat
- hobi yang tidak perlu kumpul rakan atau pasukan / seperti futsal, badminton dll
- cukup mudah..charge bateri...dah boleh drift
- x perlu sewa court, padang..
- x perlu buat temu janji law nak main
- hobi yang sempoi
- kepuasan
- kereta yang universal drift dan touring
- boleh dijadikan hiasan dan aksesori rumah
- boleh masuk autoshow
- race yang halal
- tidak timbul malapetaka pada sesiapa yang terlangar kereta kawalan jauh
- mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan
- sesuai untuk yang malas