compact GO..!!!! proton ARENA

compact GO..!!!! proton ARENA

Thursday 7 April 2011

D. PENJAGAAN ALAM SEKITAR



a. KEBERSIHAN
- Bawa balik apa-apa barang yang anda bawa memancing. Jangan tinggalkan sampah merata-merata.
- BIla memancing, bawa beg sampah yang besar, supaya sampah lebih senang di bawa pulang. Kutip sampah orang lain juga. Moga-moga anda menjadi contoh kepada orang lain!
- Tumpukan perhatian kepada tali pancing lama, beg-beg pelastik dan batu-batu ladung kecil. Bahan-bahan ini telah menjejaskan kehidupan seperti burung dan ikan. Bawa pulang bahan-bahan ini.
- Tin kosong serta beg pelastik yang tinggalkan mungkin akan menakung air hujan dan justeru menjadi tempat pembiakan nyamuk.Bawanya pulang!
b. MENJAGA KUALITI PERAIRAN
- Jangan kotorkan sungai atau tasik yang anda lawati.
- Kalau tiada bilek air untuk anda membuang air, jangan lakukannya didalam atau berdekatan dengan perairan. Jika anda ingin membuang air besar, gali sebuah lubang, jauh dari perairan, kemudian kambuskan semula.
- Diperairan seperti kolam atau lombong kecil, jangan gunakan terlalu banyak “umpan saham”, kerana ini akan menjejaskan kualiti air.
- Jangan buang apa-apa bahan kimia (seperti sabun, minyak, atau pun air tin berkabonat kedalam perairan atau pun berhampiran dengannya).
- Jangan guna terlalu banyak racun serangga (insecticide spray) dan bahan seperti serbuk belerang. Bahan-bahan ini mungkin memasuki perairan.

-
c. MENJAGA PERSEKITARAN DAN TUMBUHAN
- Cuba elakkan memotong tumbuhan disekitar tempat anda memancing. Tumbuhan ini adalah rumah bagi serangga, suatu sumber utama makanan ikan.
- Jika anda ingin mendirikan khemah, gunakan tapak yang sedia ada. Cuba elakkan membuka tapah khemah yang baru. Tanah yang terdedah akan mengakibatkan Lumpur memasuki perairan bila hujan lebat. Ini menjejaskan kehidupan air, termasuk ikan.
- Jangan membuat unggun api, kecuali perlu. Dapur khemah yang menguunakan gas atau sebagainya adalah lebih ‘mesra alam’. Jika anda terpaksa membuat unggun, pastikan ia tidak merebak kepokok atau tumbuhan berdekatan. Pastikan unggun dipadamkan sebelum anda meninggalkan tempat tersebut.
- Ditapak khemah atau bila menjelajah hutan, jangan biarkan anak-anak pokok yang ditebang, meninggalkan kayu terpacak dari tanah. At campsites or along jungle trails, never leave cut saplings protruding from the ground. Ini ibarat perangkap samara yang mungkin menembusi badan bila anda jatuh ketanah. Potong rata pada pangkalnya, supaya tiada kayu tajam menonjol.
- Leave nothing but footprints, and shoot only with cameras!

No comments:

Post a Comment